Apakah Pengkadaran SAE ? | Servis Kereta Moto dengan Maxoil

>> Tuesday, February 16, 2010

Pengkadaran API hanya merujuk kepada kualiti minyak sahaja. Gred minyak pula, anda perlu memahami pengkadaran SAE ( Society of Automotive Engineers) . Ia menghuraikan fungsi minyak dan standard kelikatan, ciri-ciri bahan-bahan pelincir yang saling berpaut. Apabila berkeadaan sejuk, minyak boleh menjadi seperti sirap hitam, adalah penting supaya keadaan minyak sentiasa tipis pada kadar kelikatannya. Huruf utama ‘W’ adalah melambangkan prestasi ‘musim sejuk’ (Winter). Di hujung skala, minyak yang terlalu panas boleh menjadi setipis air dan kadangkala berguna. Jadi kelikatan minyak ini perlu berubah mengikut kesesuaian suhu, iaitu tipis apabila panas dan likat apabila di bawah pengaruh suhu yang sejuk. Ini dikategorikan sebagai minyak 'MultiGrade'.


Carta di atas menunjukkan satu panduan kasar untuk suhu-suhu ambien vs kelikatan minyak prestasi pada kedua-dua minyak multigrade (separuh atas) dan gred tunggal (separuh yang rendah) minyak.

Read more...

Spesifikasi API | Servis Kereta Moto dengan Maxoil


  • Petrol, Label huruf 'S' bermaksud Servis (ertikata lain 'Spark-plug ignition'), diikuti pula dengan standard kod gred minyak. 'SM' adalah minyak yang terkini dipasaran, dimana kadang-kala menggantikan minyak gred 'SL' dan 'SH'.
  • Diesel, Label huruf 'C' bermaksud 'Commercial' (Komersil), (ertikata lain 'Compression ignition'). 'CH' ialah gred yang terbaik dipasaran buat masa kini, manakala 'CF' pula adalah minyak yang paling digemari dikalangan pengguna dan sehingga kini gred 'CF' adalah yang terlaris serata dunia.

Read more...

Jenis Minyak Maxoil Diesel | servis kereta moto maxoil

Kategori
Status Servis
CJ-4
Terkini
Diperkenal pada tahun 2006 untuk enjin 4 lejang berkelajuan tinggi. Menepati pecutan enjin tahun 2007, CJ-4 adalah melebihi prestasi jenis minyak terdahulu CF-4, CG-4, CH-4 dan CI-4

CI-4

Terkini
Diperkenalkan pada tahun 2002 untuk enjin 4 lejang berkelajuan tinggi. Sesuai digunakan untuk menggantikan penggunaan minyak gred CD, CE, CF-4, CG-4 dan CH-4

CH-4

Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1998 untuk enjin 4 lejang berkelajuan tinggi. Sesuai digunakan untuk menggantikan penggunaan minyak gred CD, CE, CF-4 dan CG-4.
CG-4
Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1995 untuk enjin 4 lejang
berkelajuan tinggi.
Sesuai digunakan untuk menggantikan penggunaan minyak gred CD, CE dan CF-4.
CF-4
Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1990 untuk enjin 4 lejang
turbo dan biasa.
Sesuai digunakan untuk menggantikan penggunaan minyak gred CD dan CE.

CF-2

Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1994 'severe duty' dan enjin motorsikal 2 lejang. Sesuai digunakan untuk penggunaan minyak gred CD-II.

CF

Terkini
Diperkenalkan pada tahun 1994, direka khusus untuk 'indirect injection' dan lain-lain enjin diesel.Sesuai digunakan untuk penggunaan minyak gred CD.

CE

Lama
Diperkenalkan pada tahun 1987 untuk enjin 4 lejang
turbo dan biasa.
Sesuai digunakan untuk menggantikan penggunaan minyak gred CC dan CD.
CD-II
Lama
Diperkenalkan pada tahun 1987 untuk enjin motorsikal 2 lejang.

CD

Lama
Diperkenalkan pada tahun 1955 untuk enjin biasa dan turbo.

CC

Lama
Diperkenalkan pada tahun 1961 untuk semua jenis enjin diesel.


Read more...

Minyak Perawat Enjin Motosikal | Servis Kereta Moto Maxoil

MaxLube — Perawat Enjin Motosikal

Sebagaimana kereta, enjin motosikal juga sangat penting untuk dijagai. MaxLube sesuai untuk enjin motosikal 2 lejang dan 4 lejang. MaxLube selamat digunakan pada klas basah (wet clutch) ataupun dicampur bersama minyak 2T/bahanapi. MaxLube tidak menyebabkan gelinciran klas.

Pastikan campuran mengikut sukatan yang diperlukan. Sesuai untuk kegunaan biasa dan perlumbaan.
Kini pemilik-pemilik automobil prihatin dengan menerima sesuatu yang berguna pada kenderaan mereka tanpa belanja yang mahal dan mengelakkan daripada menghantar kenderaan ke bengkel untuk membaikinya. Dengan pendapat ini, MaxLube telah merumuskan satu rangkaian keluaran yang lengkap untuk setiap pelinciran yang diperlukan oleh kenderaan, sambil melanjutkan usia pengendaliannya dan meningkatkan prestasinya.
Gunakanlah MaxLube dan anda akan terelak dari pelbagai masalah automotif.

  • Meningkatkan prestasi dan kecekapannya
  • Mengurangkan geseran, haba dan haus
  • Melanjutkan usia kenderaan anda

Read more...

Minyak Bersih Injektor dan Kaburetor | Servis Kereta Moto Maxoil

MaxLube — Pembersih Injektor dan Karburator

  • Memberikan apa yang diperlukan oleh enjin anda
  • Menjaminkan prestasi yang baik
  • Dengan memasukkan sedikit MaxLube Pembersih Injektor dan Karburator terus ke tangki minyak anda, ia dapat membantu membersihkan seluruh sistem minyak dan juga menjaga injektor, karburator dan injap masuk beroperasi dengan lancar dan berkesan serta menjimatkan penggunaan bahanapi. MaxLube ialah rahsia kebersihan laluan bahanapi. MaxLube adalah bahan yang amat berkesan melawan pengumpulan kotoran dan mengembalikan prestasi enjin akibat kekotoran dan pencemaran. MaxLube Pembersih Injektor dan Karburator amatlah unik. la menggabungkan tiga bahan pencuci tambahan ke dalam satu keluaran. Gabungan bahan-bahan ini memberikan kuasa untuk menghapuskan kotoran yang terkumpul di dalam karburator, injektor dan injap masuk.
Penggunaan selalu dapat mencegah daripada mendapan kotoran baru yang melekap.
  • Terbukti membersihkan karburator
  • Terbukti membersihkan dan mencegah kotoran melekap pada injektor
  • Terbukti mencegah kotoran melekap pada injap masuk
  • Mengurangkan pencemaran udara
  • Melindungi daripada calar, haus dan karbon yang melekap

Read more...

Minyak Perawat Gear Max-lube | Servis Kereta Moto Maxoil

MaxLube Gear Treatment - Melindungi komponen transmisi dan gear

Masukkan beberapa peratus MaxLube Gear Treatment ke dalam minyak gear biasa dan anda akan merasakan perbezaannya seperti:

  • Mengurangkan Pengumpulan Haba
  • Apabila kenderaan berat menuruni cerun yang curam, minyak gear biasa tidak dapat memberi sepenuh perlindungan dan sistem penjana gear menjadi panas akibat geseran yang hebat hingga mengurangkan minyak pelincir.
  • Bahan Tambahan MaxLube Gear Treatment berkeupayaan menjadikan minyak biasa bertindak pada muatan yang berat, suhu yang tinggi dan dalam keadaan pengendalian yang sukar, sambil mengurangkan kepanasan di dalam semua sistem gear dengan memuaskan.

Menambahkan Prestasi dan Menjimatkan Tenaga

Kebanyakan juruteknik yang berpengalaman menggunakan minyak yang mempunyai kelikatan yang tinggi dalam jentera-jentera lama untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik. Peningkatan kelikatan memberikan beberapa kelebihan tertentu, tetapi ia mengganggu pemindahan haba dan menukarkan kelancaran bendalir dalaman dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Gunakan Max-Lube Gear Treatment yang mepunyai kelikatan yang rendah dan anda akan merasakan perbezaannya seperti:

  • Memasukkan gear dengan lebih mudah
  • Melanjutkan usia gear dan masa 'servis'
  • Paras bunyi injin yang rendah
  • Sistem larian gear yang lebih sejuk
  • Melindungi dari calar, haba dan haus

Read more...

Minyak Perawat Enjin Max-Lube | Servis Kereta Moto Maxoil




MaxLube - Perawat Enjin dan Pelindung Logam

  • Mengurangkan Geseran dan Haus Enjin
  • Meningkatkan Prestasi dan Kuasa Kuda
  • Mengurangkan Suhu Pengendalian Enjin
  • Menjadikan Enjin Lebih Senyap dan Lancar
  • Mengurangkan Pencemaran Udara
  • Melindungi Enjin sewaktu Menghidupkan dan Memanaskannya

MaxLube adalah bahan penyesuaian logam yang berasaskan pet­roleum teknologi tinggi yang dirumus khas. la membentuk ikatan molekul pada permukaan logam dengan menghasilkan keadaan permukaan logam yang berupaya menahan geseran dan pengoksidaan. Haba dan haus enjin dapat dikurangkan dengan drastik. Apabila enjin panas dan berlaku geseran, MaxLube membentuk selaput penghalang yang kuat sehingga tidak memberi kesan walaupun pada had terima yang terdekat. Sungguh menakjubkan apabila bahagian logam yang dijagai dengan MaxLube terus kekal melincir walaupun dalam ketiadaan minyak pelincir.

Setelah MaxLube disatukan dengan permukaan logam dan ini berlaku dengan cepat apabila permukaan logam menjadi panas, kesannya kekal pada masa yang lama, walaupun tanpa atau ada pencemaran pada minyak pelincir. Walaupun minyak pelincir dikeluarkan untuk menukar minyak, MaxLube tetap ada pada tempatnya dan tidak perlu ditambah setiap kali minyak ditukarkan. Apabila sebati, ia masuk ke dalam mikropora permukaan logam dan ia pun tidak memberi kesan terhadap bahagian logam yang bergerak, dimana ia melicirkannya. Berbanding dengan minyak pelincir dan minyak pelincir tambahan ianya hanya melincir diantara kedua permukaan bahagian luar logam sahaja. Tetapi molekul MaxLube bersebati membentuk rintangan selaput tahan lasak pada permukaan logam dalam injin dan transmisi kenderaan anda. Setelah ia sebati dan meresap pada bahagian injin, silinder dan gear, haba serta geseran dan kehausan bahagian-bahagian tersebut dapat dikurangkan.

MaxLube - Melanjutkan Hayat Enjin

MaxLube adalah bahan pelincir yang sangat berkesan walaupun hanya tinggal selaput tipis pada permukaan bahagian yang bergerak. Apabila logam tidak dilindungi, penjagaan pada permukaan logam juga boleh memberi pelinciran kepada komponen logam semasa injin dihidupkan. Tambahan pula penyatuan molekul MaxLube memberi perlindungan daripada hakisan dan berkarat. Tiada keluaran lain yang pernah dihasilkan dapat mengurangkan geseran, memberi perlindungan pada permukaan logam. Keberkesanan dan keselamatan adalah kunci yang ada pada ciri-ciri unik MaxLube. Dengan hanya 345ml MaxLube akan melindungi enjin anda sehingga 40,000km. Hasil sebenarnya mungkin berbeza, walaubagaimanapun ia bergantung pada keadaan penggendalian pemanduan dan tabiat penjagaan kenderaan.

MaxLube - Mudah digunakan

MaxLube bertindak pada paras mikroskopik dan tindakkannya dikawal secara saintifik yang tidak boleh mencampuri had terima kejuruteraan. la juga meningkatkan kekukuhan lapisan, pelinciran dan kestabilan pada semua minyak pelincir. Hanya tambahkan MaxLube ke dalam enjin kotak engkol dan dengan segera ia bertindak sambil melindungi enjin kenderaan anda. MaxLube tidak mengandungi kimia atau agen-agen yang boleh merosakkan komponen metalik seperti alat getah dan gasket dalam mana-mana enjin. Oleh itu MaxLube boleh digunakan dengan penuh keyakinan dalam semua injin baru, lama dan yang dibaik pulih. Injin kuasa petrol, diesel, gas asli, turbo serta automobil cas lampau (super charged) dan enjin trak.

Tiada Bahan Berbahaya

MaxLube adalah berasaskan petroleum teknologi tinggi. la tidak mengandungi pepejal PTFE (Politetra Fluoreotilena), TEFLON, MOLIBDENUM DISULFIDA (MOLY) GRAFIT dan PLUMBUM. Berbanding dengan keluaran lain, ia tidak perlu digoncang sebelum menggunakannya dan bahan-bahan aktifnya tidak akan mendap di dalam takungan minyak pelincir atau menyumbat laluan minyak pelincir atau merosakkan penapis dalam enjin kenderaan anda.

Perlindungan Maksima pada Saat Paling Genting Sebelum Memulakan Perjalanan Kereta Anda

Bagaimana rapi pun anda menjaga enjin kenderaan anda, ia tetap terdedah kepada ketegangan yang teruk ketika suhu rendah. Pakar-pakar automobil bersepakat bahawa70%-80% daripada kehausan enjin berlaku dalam tempoh kritikal ini. Apabila sesebuah kereta tidak dihidupkan selama empat jam atau lebih, minyak dan Iain-lain bahan dalam enjin kenderaan akan meluncur ketakungan minyak (oli pam). la tidak lagi bersedia untuk membekalkan pelinciran yang sewajarnya yang amat diperlukan oleh enjin. Oleh kerana minyak motor konvensional mepunyai kelikatan yang padat dalam cuaca sejuk, ini menimbulkan masalah pada enjin semasa dihidupkan dalam keadaan sejuk. MaxLube mampu mengawal komponen-komponen penting dalam enjin ketika tempoh kritikal ini. la membenarkan bahagian-bahagian injin meluncur bebas. Pada waktu yang sama, ia mengurangkan lebih 90% kehausan enjin kenderaan anda.

Read more...

Minyak Perawat Enjin Maxoil | Servis kereta Moto Maxoil

Kod Produk

Keterangan Produk

Semenanjung (RM)

Sabah/Sarawak
(RM)

MAX-LUBE

2023
MAXLUBE MOTOCYCLE TREATMENT - 60 ml 19.00 21.00

2021
MAXLUBE SUPER ENGINE & METAL TREATMENT- 354ml 90.00 98.00

2011
MAXLUBE OIL TREATMENT - 237ml 35.00 38.00

2031
MAXLUBE TRANSMISSION/ GEAR TREATMENT - 237ml 58.00 63.00

2041
MAXLUBE INJECTOR CLEANER - 354ml 34.00 37.00

*Sebarang pertukaran harga adalah tertakluk pada pihak syarikat walaupun tiada sebarang notis dikeluarkan terlebih dahulu.

Read more...

Jenis-jenis Minyak Enjin Maxoil Petrol | Servis Kereta Moto Maxoil

Kategori
Status Servis
SM
Terkini
Untuk semua jenis kenderaan yang berada di pasaran. Diperkenalkan pada November 2004.
SL
Terkini
Untuk semua jenis kenderaan yang berada di pasaran. Diperkenalkan pada tahun 1998.
SJ
Terkini
Untuk semua jenis kenderaan yang berada di pasaran. Diperkenalkan pada tahun 1996
SH
Lama
Sesuai untuk model enjin tahun 1996 dan lama.
SG
Lama
Sesuai untuk model enjin tahun 1993 dan lama.
SF
Lama
Sesuai untuk model enjin tahun 1988 dan lama.
SE
Lama
Sesuai untuk model enjin tahun 1979 dan lama.
SD
Lama
Sesuai untuk model enjin tahun 1971 dan lama.
SC
Lama
Sesuai untuk model enjin tahun 1967 dan lama.
SB
Lama
Untuk enjin lama. Digunakan hanya jika disarankan oleh pengilang/pengeluar
SA
Lama
Untuk enjin lama, tiada prestasi diperlukan. Digunakan hanya jika disarankan oleh pengilang/pengeluar

Read more...

Kenapa Perlu Minyak Maxoil | Kelebihan Minyak Maxoil

Perlindungan Terbaik

Kebanyakan pelincir mudah rosak melalui kepanasan dan gangguan oksigen (oxidation). Kepanasan dan gangguan oksigen membuatkan kebanyakkan pelincir berkeladak dan meninggalkan mendapan pada bahagian-bahagian enjin dan tidak lagi berfungsi sebagai pelincir, malah menyebabkan sebahagian komponen-komponen enjin melekat dan sebagainya. MAXOIL memberikan perlindungan optimum kepada enjin yang beroperasi pada suhu tinggi dan beban berat.



Penjimatan Berganda

Rumusan agen anti-busa dan anti-haus serta mengandungi bahan tambahan pencuci dan bahan antioksida moden untuk mencegah mendapan, varnis, lusuh kakisan dan karat dalam enjin. Ia memberi jaminan terhadap pengurangan perbelanjaan penyelenggaraan kenderaan anda. Selain daripada itu penjimatan bahanapi berlaku semasa enjin dipanaskan dan pemanduan henti jalan serta peningkatan penghasilan kuasa.


Perlindungan Suhu Rendah

Pada suhu rendah MAXOIL masih mampu mengalir keseluruh bahagian enjin. Kebolehan yang cemerlang ini membuatkan enjin dapat di hidupkan dengan mudah walaupu suhu rendah, mengurangkan geseran dan melipat gandakan jangka hayat enjin.


Membenteras Keladak dan Mendapan

MAXOIL sentiasa membuatkan enjin kenderaan anda bersih kerana rekaannya membolehkan ia berupaya menghalang gangguan oksigen (oxidation). Keupayaan ini di sokong pula oleh aditif yang sedia ada sebagai ramuan MAXOIL membuatkan MAXOIL dapat beropersasi dengan cemerlang.



Mencegah Karat


MAXOIL mengandungi bahan pencegah karat yang amat berkesan. Ia melindungi mana-mana bahagian enjin yang mudah berkarat dan 'corrosion' dengan cemerlang.



Anti Geseran

Kelicinan MAXOIL melebihi kebanyakan pelincir lain sehingga dapat dikategorikan sebagai 'Super-slippery'. MAXOIL benar-benar mengurangkan geseran antara komponen-komponen enjin dan dengan itu membuatkan prestasi kenderaan begitu cemerlang serta ekonomi.

Read more...

Minyak Gear Maxoil | Servis Gearbox dengan Minyak Maxoil

UNIVERSAL PLUS Maxoil
CG-4/ SH SAE 20W50 pakej bersaiz: 18 liter

3034

alt
  • API Service CG-4, CF-4, CF2/SH
  • Caterpillar, TO-2, Detroit Diesel, Mark E0-K/2, E0-J/H/G, Cummin NTC-400, Cas Turbo Cummin, Cas Lampau dan enjin diesel biasa.
  • Spesifikasi ketenteraan MIL-L- 2104E1

Semenanjung : RM 185.00 / Sabah/Sarawak : RM202.00

GEAROIL Maxoil
Ep80W90 pakej bersaiz: 4 liter & 1 liter

3035 & 3044

  • Disyorkan untuk semua jenis gander kereta penumpang dan trak yang menepati prestasi API Service SAE 80W90 GL-5, MIL-L-2105C atau tuil D
  • Ia di hasilkan khusus untuk gandar dengan set gear hipiod dan juga kenderaan penghantaran manual, sambungan semesta, pacuan akhir dan jenis-jenis peralatan automotif yang lain.
  • Rumusan Gearol Ep90W menepati keperluan tekanan yang sangat hebat dan kestabilan haba agar giar dan penempatan giar sentiasa dalam keadaan bersih dengan mengurangkan mendapan dan endapan varnis yang di sebabkan oleh pengoksidaan minyak.

3035 E (4L) : Semenanjung : RM 40.00 / Sabah/Sarawak : RM44.00

3044 E (1L) : Semenanjung : RM 10.50 / Sabah/Sarawak : RM11.50

AUTOMATIC TRANSMISSION FLUID Maxoil
DEXRON-III, MERCON pakej bersaiz: 1 & 4 liter

3020 & 3045

alt
  • Disyorkan untuk digunakan dalam penghantaran automatik General Motors, Ford, Chrysler, dan kereta, van dan trak ringan American Motors, kereta-kereta import seperti AUDI, BMW, Honda, Mazda, Mitsubishi, Mercedez Benz, Nissan, Opel, Toyota, Peugeot, Volkswagon, Volvo turut menetapkan penggunaan Dexron – III atau Mercon
  • Dirumus untuk memenuhi keperluan- keperluan prestasi:
    - General Motors DEXRON – III
    - Ford MERCON ESP – M2C166H, ESP – M2C138CJ
    - Sesuai untuk Allison C-4
    - Allison C – 3 dan caterpillar T0 – 2 Quality
  • Memberikan perlindungan anti haus, anti karat dan anti kakisan yang berkesan, kebendairan suhu rendah yang terbaik, kestabilan pengoksidaan yang hebat, menghalang mendapan dan endapan varnis.
  • Mengekalkan kebendairan pada suhu rendah dan pelinciran suhu tinggi
  • Mencegah geseran dan busa untuk prestasi anjakan yang lebih baik.

3020 (1L) : Semenanjung : RM 21.00 / Sabah/Sarawak : RM22.00

3045 (4L) : Semenanjung : RM 83.00 / Sabah/Sarawak : RM91.00

Read more...

Minyak Kereta Maxoil | Servis Kereta Minyak Maxoil










Read more...

Minyak Kereta Maxoil | Servis Kereta Minyak Maxoil










Read more...

Minyak Maxoil Motosikal

4T SUPERBIKE MAXOIL
SJ/CF SAE 20W50

3031

alt
  • 4T Superbike Maxoil memberikan perlindungan optimum kepada enjin untuk penjimatan bahan api yang maksimum, mengurangkan pengeluaran asap dan melanjutkan hayat memangkin enjin
  • menstabilkan haba dan oksida terbaik
  • Prestasi anti haus luar biasa hebat
  • Berkesan untuk mencegah mendapan dan kakisan varnish
  • Mengubahsuai geseran tambahan dan keselesaan menghidupkan enjin pada suhu rendah
  • Melebihi keperluan prestasi API Service SJ/CF
  • disyorkan untuk semua jenis enjin motosikal gasoline rekaan moden dan lama

Semenanjung : RM 20.50 / Sabah/Sarawak : RM22.50


4T SUPER High Performance Maxoil
SG/CD SAE 20W50

3030

alt
  • 4T super merupakan minyak Maxoil motorsikal 4 lejang pelbagai gred berprestasi tinggi. Dihasilkan untuk penggunaan semua model motosikal untuk semua musim
  • Penjimatan bahan api maksimum dan meningkatkan pengeluaran kuasa
  • Perlindungan anti haus
  • menstabilkan ricih demi kelikatan minyak yang mantap
  • Menghidupkan enjin dengan cepat pada suhu yang rendah
  • Memberikan pelinciran yang terbaik dengan kandungan detergen yang mampu menyingkir kotoran yang tinggi
  • 4T super melebihi keperluan prestasi minyak yang ditetapkan oleh API Service SG/CD dan juga pengilang-pengilang motorsikal

Semenanjung : RM 15.00 / Sabah/Sarawak : RM16.00


4T NOVICE MAXOIL
SE/CC SAE 20W50

3038

alt
  • 4T Novice maxoil merupakan minyak motorsikal bermutu tinggi untuk enjin yang beroperasi dalam keadaan biasa
  • Melebihi keperluan API SE/CC
  • Mengurangkan enapan dan mendapan enjin
  • Memperbaiki kestabilan pengoksidaan
  • Meningkatkan kebersihan enjin
  • 4T Novice maxoil disyorkan untuk semua enjin motorsikal 4-lejang moden dan lama

Semenanjung : RM 11.50 / Sabah/Sarawak : RM12.50


2T-TCW3 Low Smoke Maxoil
RACING 3000 JASO FC/TCW3

3029

  • 2T-TCW3 merupakan minyak maxoil motorsikal 2-lejang yang rendah (kurang pengeluaran) asap dan berbau harum. Dihasilkan untuk enjin 2 lejang kelas tertinggi, enjin perlumbaan serta sesuai untuk enjin sangkut
  • 2T-TCW3 menepati keperluan tertinggi JASO FC, Global GC dan NMMA Service TC-W3
  • Memaksimakan hayat enjin dan pengeluaran asap ekzos yang luar biasa rendah
  • Mencegah kehilangan kuasa
  • Pelinciran terbaik untuki mencegah perampasan omboh dan lekatan gelang
  • Mencegah palam pencucuh daripada tersumbat
  • Dihasilkan untuk sistem suntikan bahanapi atau sebaliknya. Bahan api/minyak tidak perlu dicampurkan terlebih dahulu
  • Nisbah gasolin dengan minyak yang disyorkan ialah 50:1
  • Sesuai digunakan dengan gasolin plumbum atau tanpa plumbum

Semenanjung : RM 22.00 / Sabah/Sarawak : RM23.00


2T-TC Low Smoke Maxoil
RACING 2000

3028

alt
  • Dihasilkan oleh teknologi bahan cuci terhebat bagi mengurangkan pengeluaran asap, lebih bersih dan tanpa abu di samping mencegah palam pencucuh tersumbat
  • Prestasi anti haus dan anti geseran yang luar biasa hebat
  • Agen pelinciran yang berkesan
  • Terdapat bahan tambah kawalan endapan dan anti sumbat yang tinggi
  • Menepati atau melebihi keperluan API Service TC
  • Dihasilkan untuk sistem suntikan bahan api/ minyak atau sebaliknya yang mana bahan api/minyak tidak perlu dicampurkan terlebih dahulu
  • Nisbah gasolin dengan minyak yang disyorkan ahíla 50:1. Sesuai digunakan dengan gasolin plumbum atau tanpa plumbum

Semenanjung : RM 18.50 / Sabah/Sarawak : RM19.50


2T- EXPERT Premium - Two Stroke Maxoil
HIGH PERFORMANCE FB

3042

alt
  • Memenuhi atau melebihi prestasi API FB
  • Mencegah palam pencucuh daripada tersumbat
  • Mencegah keketatan omboh
  • Mencegah sekatan liang
  • Meningkatkan pelinciran
  • Sesuai di gunakan dengan gasolin plumbum atau tanpa plumbum.

Semenanjung : RM 14.00 / Sabah/Sarawak : RM15.00


2T- NOVICE Premium - Two Stroke Maxoil
HIGH PERFORMANCE API TA

3037

alt
  • Minyak enjin 2 lejang yang dirumuskan dengan bahan campuran rendah asap
  • Di reka untuk digunakan pada motorsikal dan skuter berkapasiti rendah
  • Mempunyai sifat pelinciran yang baik
  • Mengawal kehausan dan kesan calar piston
  • Membantu mengelakkan keberkesanan pembakaran dan penghasilan kuasa
  • Mengurangkan kerosakan palam pencucuh

Semenanjung : RM 11.00 / Sabah/Sarawak : RM12.00

Read more...

Back to TOP