Minyak Perawat Enjin Max-Lube | Servis Kereta Moto Maxoil

>> Tuesday, February 16, 2010




MaxLube - Perawat Enjin dan Pelindung Logam

  • Mengurangkan Geseran dan Haus Enjin
  • Meningkatkan Prestasi dan Kuasa Kuda
  • Mengurangkan Suhu Pengendalian Enjin
  • Menjadikan Enjin Lebih Senyap dan Lancar
  • Mengurangkan Pencemaran Udara
  • Melindungi Enjin sewaktu Menghidupkan dan Memanaskannya

MaxLube adalah bahan penyesuaian logam yang berasaskan pet­roleum teknologi tinggi yang dirumus khas. la membentuk ikatan molekul pada permukaan logam dengan menghasilkan keadaan permukaan logam yang berupaya menahan geseran dan pengoksidaan. Haba dan haus enjin dapat dikurangkan dengan drastik. Apabila enjin panas dan berlaku geseran, MaxLube membentuk selaput penghalang yang kuat sehingga tidak memberi kesan walaupun pada had terima yang terdekat. Sungguh menakjubkan apabila bahagian logam yang dijagai dengan MaxLube terus kekal melincir walaupun dalam ketiadaan minyak pelincir.

Setelah MaxLube disatukan dengan permukaan logam dan ini berlaku dengan cepat apabila permukaan logam menjadi panas, kesannya kekal pada masa yang lama, walaupun tanpa atau ada pencemaran pada minyak pelincir. Walaupun minyak pelincir dikeluarkan untuk menukar minyak, MaxLube tetap ada pada tempatnya dan tidak perlu ditambah setiap kali minyak ditukarkan. Apabila sebati, ia masuk ke dalam mikropora permukaan logam dan ia pun tidak memberi kesan terhadap bahagian logam yang bergerak, dimana ia melicirkannya. Berbanding dengan minyak pelincir dan minyak pelincir tambahan ianya hanya melincir diantara kedua permukaan bahagian luar logam sahaja. Tetapi molekul MaxLube bersebati membentuk rintangan selaput tahan lasak pada permukaan logam dalam injin dan transmisi kenderaan anda. Setelah ia sebati dan meresap pada bahagian injin, silinder dan gear, haba serta geseran dan kehausan bahagian-bahagian tersebut dapat dikurangkan.

MaxLube - Melanjutkan Hayat Enjin

MaxLube adalah bahan pelincir yang sangat berkesan walaupun hanya tinggal selaput tipis pada permukaan bahagian yang bergerak. Apabila logam tidak dilindungi, penjagaan pada permukaan logam juga boleh memberi pelinciran kepada komponen logam semasa injin dihidupkan. Tambahan pula penyatuan molekul MaxLube memberi perlindungan daripada hakisan dan berkarat. Tiada keluaran lain yang pernah dihasilkan dapat mengurangkan geseran, memberi perlindungan pada permukaan logam. Keberkesanan dan keselamatan adalah kunci yang ada pada ciri-ciri unik MaxLube. Dengan hanya 345ml MaxLube akan melindungi enjin anda sehingga 40,000km. Hasil sebenarnya mungkin berbeza, walaubagaimanapun ia bergantung pada keadaan penggendalian pemanduan dan tabiat penjagaan kenderaan.

MaxLube - Mudah digunakan

MaxLube bertindak pada paras mikroskopik dan tindakkannya dikawal secara saintifik yang tidak boleh mencampuri had terima kejuruteraan. la juga meningkatkan kekukuhan lapisan, pelinciran dan kestabilan pada semua minyak pelincir. Hanya tambahkan MaxLube ke dalam enjin kotak engkol dan dengan segera ia bertindak sambil melindungi enjin kenderaan anda. MaxLube tidak mengandungi kimia atau agen-agen yang boleh merosakkan komponen metalik seperti alat getah dan gasket dalam mana-mana enjin. Oleh itu MaxLube boleh digunakan dengan penuh keyakinan dalam semua injin baru, lama dan yang dibaik pulih. Injin kuasa petrol, diesel, gas asli, turbo serta automobil cas lampau (super charged) dan enjin trak.

Tiada Bahan Berbahaya

MaxLube adalah berasaskan petroleum teknologi tinggi. la tidak mengandungi pepejal PTFE (Politetra Fluoreotilena), TEFLON, MOLIBDENUM DISULFIDA (MOLY) GRAFIT dan PLUMBUM. Berbanding dengan keluaran lain, ia tidak perlu digoncang sebelum menggunakannya dan bahan-bahan aktifnya tidak akan mendap di dalam takungan minyak pelincir atau menyumbat laluan minyak pelincir atau merosakkan penapis dalam enjin kenderaan anda.

Perlindungan Maksima pada Saat Paling Genting Sebelum Memulakan Perjalanan Kereta Anda

Bagaimana rapi pun anda menjaga enjin kenderaan anda, ia tetap terdedah kepada ketegangan yang teruk ketika suhu rendah. Pakar-pakar automobil bersepakat bahawa70%-80% daripada kehausan enjin berlaku dalam tempoh kritikal ini. Apabila sesebuah kereta tidak dihidupkan selama empat jam atau lebih, minyak dan Iain-lain bahan dalam enjin kenderaan akan meluncur ketakungan minyak (oli pam). la tidak lagi bersedia untuk membekalkan pelinciran yang sewajarnya yang amat diperlukan oleh enjin. Oleh kerana minyak motor konvensional mepunyai kelikatan yang padat dalam cuaca sejuk, ini menimbulkan masalah pada enjin semasa dihidupkan dalam keadaan sejuk. MaxLube mampu mengawal komponen-komponen penting dalam enjin ketika tempoh kritikal ini. la membenarkan bahagian-bahagian injin meluncur bebas. Pada waktu yang sama, ia mengurangkan lebih 90% kehausan enjin kenderaan anda.

0 comments:

Post a Comment

Back to TOP