Servis Kereta Minyak Maxoil | servis Moto Minyak Maxoil | Makna kod SAE dan API

>> Tuesday, February 16, 2010

hari ini aku telah pakai minyak maxoil, servis kereta | motorsikal dengan minyak maxoil. aku ingat masa student lagi minyak maxoil telah wujud, ingatkan minyak maxoil ni dari syarikat cina, rupa-rupanya dari syarikat melayu, Syarikat ini ditubuhkan pada 22 september 1992 oleh Tuan haji Abdul Hamid bin Ba'dizaman . Wow dah 18 tahun produk minyak Maxoil dah berada di pasaran.

kalau tanya pada pomen-pomen track memang diorang tahu kelebihan minyak maxoil. satu-satunya minyak hitam di pasaran dari syarikat bumiputera yang diiktiraf oleh pertubuhan minyak sedunia API dan SAE. ramai pemilik kereta dan motor serta kekadang pomen sendiri pun tak tahu yang setiap minyak enjin yang berkualiti memerlukan pengiktirafan dari salah satu dari dua badan dunia atau yang lebih baik kedua-dua badan dunia yang mengawal kualiti minyak enjin dunia.

kalau kita lihat syarikat-syarikat minyak dunia seperti shell, bhp, exxon-mobil, petronas, caltex, telah lama mengeluarkan minyak enjin yang mendapat pengiktirafan dari kedua-dua badan minyak enjin dunia API dan SAE. anda boleh lihat kod ini di bahagaian belakang minyak enjin dari syarikat-syarikat besar minyak dunia. sudah tentu tidak pelik kerana syarikat-syarikat besar seperti shell atau exxon mobil serta petronas untung bilion Ringgit dan tidak menjadi masalah untuk mendapat pengiktirafan kedua-dua badan dunia API dan SAE. dengan keuntungan bilion ringgit ini mereka dapat membuat research , kajian dalam mengeluarkan minyak enjin kelas dunia yang berkualiti tinggi.

tetapi untuk anda mencari syarikat-syarikat kecil yang mengeluarkan minyak susah untuk anda mencari minyak enjin yang dihasilkan menepati standard antarabangsa dari API dan SAE. Satu-satunya MInyak Enjin dari syarikat bumiputra yang menghasilkan minyak enjin yang menepati standard antarabangsa SAE dan API ialan Minyak Maxoil. Hari ni pihak syarikat telah mempunyai kilang di Pandamaran Klang, Selangor sejak tahun 2001 lagi. Difahamkan pihak syarikat telah selesai urusan pembelian tanah di Nilai yang akan menempatkan kilang yang terbesar dan siap sekali dengan track untuk ujian minyak. memang minyak maxoil power.

untuk makluman anda singkatan API dan SAE ialah

API
API adalah kata ringkas untuk American Petroleum Institute. Institut ini menetapkan piawaian untuk perlbagai produk petroleum termasuk minyak enjin. Untuk mencapai kelayakan tahap piawai, kesemua minyak enjin akan melalui ujian enjin - tahap perlindungan, kawalan deposit, kawalan kelikatan.

Buat masa ini API SM merupakan piawaian tertinggi untuk kenderaan petroleum.


SAE
SAE pula ialah Society of Automotive Engineers. Badan antarabangsa ini pula menetapkan satu sistem untuk mengukur darjah kelikatan sesuatu minyak enjin.

Kelikatan merupakan ukuran ketahanan kecairan terhadap flow.
Kerendahan tahap kelihatan maka lagi rendah gred kelikatan SAE, maka lagi mudah dan cepat ianya bertindak. Sistem ukuran ini telah diterapkan ke seluruh dunia.


anda boleh servis kereta dan motosikal anda dengan minyak maxoil .

0 comments:

Post a Comment

Back to TOP